Sunday, September 27, 2009

Sunrise di Gunung Stong




Inilah yang dikatakan keindahan ciptaan Tuhan. Gambar ini dirakamkan masa aku di Baha's Camp (base camp) di Gunung Stong, Kelantan. Aku rasa inilah gambar permandangan yang paling cantik yang pernah aku ambik. Tak edit apa pun. Guna kamera Nikon Compact jer...10 Megapixels. Lebih kurang pukul 10 lebih sikit la masa tu..




Friday, May 29, 2009

Cycas

Habitat asal 'Cycas'


Perkataan 'Cycas' berasal dari perkataan Greek yang bermaksud 'Palm'. Terdapat pelbagai species cycas di dunia nie, tapi yang paling aku suka yang orang panggil 'Paku Aji'. Ada juga orang panggil Bogak...Nama saintifik dia 'Cycas Clivicola'. Paku Aji merupakan tumbuhan purba dan boleh hidup beratus tahun.

Kalau kat Kedah ni cuma ada satu tempat jer yang ada pokok nie...Kat Gunung Baling. Sampai nak habis pokok tu orang ambik jual..Harga mencecah ratusan dan kadang-kadang ribuan ringgit bergantung kepada saiz. Sekarang nie pokok 'Paku Aji' dah jadi species yang hampir pupus...

Aku cuma ada satu jer pokok nie... dapat kat Baling. Cadang-cadang nak buat koleksi tapi ruang kat rumah aku sempit sikit..



Monday, May 18, 2009

XPDC Berbasikal Menjelajah Semenanjung Malaysia



Citer nie dah lama la, masa aku kat Kolej Mara Kulim (Buat Matrik USM). Aku ngan geng2 Kelab Berbasikal KMK buat satu XPDC jelajah Semenanjung Malaysia. Yang terlibat cuma lebih kurang 15 orang jer..yang lain mak bapa depa tak bagi ikut. Citer kat orang ramai tak caya yang kami dah sampai seluruh semenanjung selama hampir seminggu..aku pun tak percaya.

Negeri yang paling best...Terengganu. Kayuh basikal tepi laut lagi...ramai penonton pulak tu. Gambar banyak yang amik tapi masa kayuh basikal tak ada orang amik, cuma masa berhenti jer sempat posing. Masa kat KL sempat pi naik LRT. Masa tu bangga la sapa dah naik LRT..Kami dok kat rumah salah sorang peserta XPDC jugak. Memang pasal penginapan kami bernasib baik la. Kat KL ada rumah member, kat Johor (Benut, Pontian) ada member..kat Setiu, Terengganu pun ada...

Ingat-ingat balik memang susah nak dapat pengalaman macam ni lagi...rasa macam nk kembali ke zaman tengah study dulu...banyak kenangan manis.


Mana la pi member2 berbasikal nie...kalau hangpa terbaca citer ni tolong la contact aku...(sebak nyer..)

Monday, April 20, 2009

Abseiling di Pulau Tuba



Masa ni aku ada pendidikan luar di Pulau Tuba, Langkawi...Tempat abseiling ni adalah antara yang paling mencabar, tertinggi dan tercantik di Malaysia...Aku try dua kali. Kali pertama aku turun macam biasa jer...kali kedua aku try buat spider...ala..kepala ke bawah la. Tapi, terbakar juga la seluar track aku tu..dah la tak pakai stoking.


Tuesday, March 31, 2009

Aktiviti di Pendang

Aku sempat rakam video masa main RC di belakang CIMB Bank dulu...Sekarang ni dah tak sesuai main dekat tu sebab banyak pasir & dah dicat petak parking kereta...Sekarang ni kalau nak main pun kat tempat biasa di depan Pejabat Pos Pendang.





Menjelajah Gua di Perlis


Dah 3 kali aku masuk Gua Wang Burma yang terletak di dalam kawasan Taman Negeri Perlis. Gua ni semulajadi ....memang best & so adventure. Ada banyak laluan air di dalam gua nie. terpaksa jalan dalam air...sebab tu kena pakai life jacket..Torch Light wajib bawa. Mana ada cahaya dalam tu. Mula masuk gua nie mungkin rasa sesak nafas sikit...tapi bila jalan jauh sikit hilang la sesak nafas tu..


Ada satu lagi gua yang aku masuk dengan team EAT (Engineer Adventure Team) USM Tronoh&USM Penang...Nama gua ni kalau tak salah Gua Kambing yang letaknya tak jauh dengan Gua Kelam. Gua ni bekas tinggalan lombong arang batu. Ada lagi kesan-kesan tinggalan lombong tu macam dengan landasan untuk angkut arang batu...macam landasan keretapi la..besi dan kayu yang dah reput. Gua ni buatan manusia....Mula masuk sempit giler..sampai kena tunduk.Tapi semakin dalam semakin luas. Gua nie lebih bahaya daripada Gua Wang Burma sebab tak dijaga dan kami masuk pun tak ada permit...main redah jer.. satu jam lebih juga perjalanan untuk sampai ke belakang gua...


Ada satu pengalaman yang paling mencabar dalam Gua Kambing ni masa nak melintas satu tasik yang dalam...air hijau kebiruan la..meniti atas landasan keretapi yang reput tu la..Masing2 berpegangan tangan la. Tiba2 ada sorang tu terpijak kayu reput. Apa lagi, jatuh la ke dalam tasik tu....alamak suspen giler. Nasib baik pakai life jaket & ikat tali kat pinggang masing2...selamat...


Tu la pengalaman menjelajah gua yang memang best...tak tau bila lagi boleh ikut program macam tu..Aku syorkan kalau sapa2 nk pi masuk Gua Wang Burma tu pi la...Ada guide boleh bawa masuk..Contact bahagian Taman Negeri Perlis dulu..Ala..dekat Wang Kelian jer..sempadan Malaysia-Thailand.
Bergambar bersama rakan-rakan EAT Tahun 1998 di dalam Gua Wang Burma

Friday, March 20, 2009

KEM PULAU PAYAR 2009


13, 14 dan 15 Mac 2009, Pulau Payar, Kedah.

Ini la pengalaman pertama aku snorkeling...seronok giler...tak dapat di gambarkan. Kamera yang boleh ambil gambar dalam air pun aku tak beli, so tak dapat la nak tunjuk gambar dalam air tu...cuma gambar luar jer la..






Kem nie dinamakan Marine Education Programme (MEP)..anjuran PPD Kulim/Bandar Baru ..Kebanyakan peserta adalah guru-guru Pendidikan Alam Sekitar dari daerah Kulim/Bandar baru.. Ada jugak dari Kuala Muda/Yan...daerah Padang Terap cuma ada 4 orang jer...termasuk aku la. Aku ikut nie pun bukan sebagai peserta pun...cuma tolong-tolong JU jer..di belakang tabir la....



















Ekspedisi Mendaki Gunung Stong, Kelantan 2008




Dah lama aku tak bergiat dalam aktiviti lasak nie...hampir 6 tahun. Dulu masa study dulu memang aktif giler...Masa kat USM dulu aku aktif dalam satu kelab yang dipanggil Engineer Adventure Team (EAT)...dari hutan, gunung, paya sampai la ke laut aku ikut pi.....



Tiba-tiba ada kawan ajak mendaki gunung..apa lagi, terus bagi nama. Dalam bulan Ogos tahun lepas (2008) aku telah menyertai satu ekspedisi ke gunung Stong di Kelantan di mana terletaknya air terjun yang dipercayai tertinggi di Asia Tenggara. Ekspedisi nie dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Ipoh...




Pendakian mengambil masa hampir 3 jam untuk sampai ke Base Camp di mana tempat kami menginap (Tapak Khemah). Di sini kami berhenti rehat serta meninggalkan barang-barang yang berat sebelum terus ke Puncak Stong..Pendakian ke puncak mengambil masa hampir 5 jam. Alhamdulillah...semuanya sampai ke puncak...tapi masa turun, ada sikit problem. Ada sorang pendaki yang cedera dan tak dapat meneruskan perjalanan...dia terpaksa tunggu sehingga 11.00 malam di dalam hutan di atas gunung sebelum bantuan sampai...bayangkanlah...














Pandangan Air Terjun di Gunung Stong, Kelantan.

Friday, February 6, 2009

COLLECTABLE HOBBIES

MY FIRST HOBBIES...






I'd some hobbies since I was a child. I'd ever collected stamps, bus tickets and also what ever tickets that i got from all over country. When I was in primary school, I collected many types of stamps until I was about 12 years of my age.

When I was in secondary school, I started with my new hobby, collecting bus tickects. I didn't know how can I fall in with that hobby. But, It was quite addicted hobby. I collected bus tickets from many bus companies in Malaysia according to the prices.

After that, I tried to collect other tickets that I got from Concert, Festivals, Cinema and others. I also tried to collect coins and moneys from other countries.Until now, I still keep some of the stamps and coins. All the tickets, I don't know where.

Here, I just can show you my Stamps, Coins and some Moneys....



MY COINS












MY MONEY COLLECTIONS


Thursday, February 5, 2009

RC CAR




Nie satu lagi hobi yang memang ketagih giler la...mula-mula dulu dok tengok orang main jer..tapi minat sikit-sikit tu ada la....Past tu try beli yang bateri jer..tu pun agak mahal la, RM500 (4 Wheel drive la....) Nak jadi citer tu ada la sorang member tu dok main yang nitro punya...laju giler. Mana boleh tahan, terus cari sebijik la. Gambar kat atas tu la my first nitro RC car...Kyosho tu. Tapi aku silap beli la...tak sabar nak main sangat...kena yang slow sangat la. Enjin kecik...tak lama lepas tu aku terus jual melalui mudah.com.my...dah laku pun. Aku beli pulak sebijik lagi tapi yang buatan China jer...HSP enjin GX18..yang ni baru laju...tapi still tak boleh lawan dengan turbo la...boleh la setakat isi masa lapang di waktu petang...bukan nak bertanding pun.


Cover Body ni aku beli kosong jer...cat sendiri...Cantik tak?





STUNTKITE



Ntah macamana pulak aku terjerumus dalam hobi nie aku pun tak tau...bagi yang tak pernah try mungkin kata..Apa la..dah tua-tua dah pun main wau..tapi hangpa tak try lagi. Hangpa 'cuba try test' tengok. It's an addictive hobby you know... Aku order luar negeri tu...






Wednesday, February 4, 2009

BONSAI

Kesinai

myself 'buat sendiri la..' Nak tengok bonsai aku...tak berapa cantik sangat...bukan untuk I like bonsai and I've my own bonsai collections at home. Some I bought it and some I do it pertandingan. Cuma syok-syok jer...
Hokien Tea
Kesinai China


Jawi


Bunga Kertas "Sirih Junjung"
Aku belajar jugak pasal nak jaga bonsai nie.. Tapi sikit jer yang aku tau.... Nanti aku cuba kongsi tentang bonsai dengan sapa2 yang berminat...Aku pun tengah belajar lagi pasal bonsai nie.....


Belimbing Cina
Sedap Malam


Kesinai