Friday, May 29, 2009

Cycas

Habitat asal 'Cycas'


Perkataan 'Cycas' berasal dari perkataan Greek yang bermaksud 'Palm'. Terdapat pelbagai species cycas di dunia nie, tapi yang paling aku suka yang orang panggil 'Paku Aji'. Ada juga orang panggil Bogak...Nama saintifik dia 'Cycas Clivicola'. Paku Aji merupakan tumbuhan purba dan boleh hidup beratus tahun.

Kalau kat Kedah ni cuma ada satu tempat jer yang ada pokok nie...Kat Gunung Baling. Sampai nak habis pokok tu orang ambik jual..Harga mencecah ratusan dan kadang-kadang ribuan ringgit bergantung kepada saiz. Sekarang nie pokok 'Paku Aji' dah jadi species yang hampir pupus...

Aku cuma ada satu jer pokok nie... dapat kat Baling. Cadang-cadang nak buat koleksi tapi ruang kat rumah aku sempit sikit..



Monday, May 18, 2009

XPDC Berbasikal Menjelajah Semenanjung Malaysia



Citer nie dah lama la, masa aku kat Kolej Mara Kulim (Buat Matrik USM). Aku ngan geng2 Kelab Berbasikal KMK buat satu XPDC jelajah Semenanjung Malaysia. Yang terlibat cuma lebih kurang 15 orang jer..yang lain mak bapa depa tak bagi ikut. Citer kat orang ramai tak caya yang kami dah sampai seluruh semenanjung selama hampir seminggu..aku pun tak percaya.

Negeri yang paling best...Terengganu. Kayuh basikal tepi laut lagi...ramai penonton pulak tu. Gambar banyak yang amik tapi masa kayuh basikal tak ada orang amik, cuma masa berhenti jer sempat posing. Masa kat KL sempat pi naik LRT. Masa tu bangga la sapa dah naik LRT..Kami dok kat rumah salah sorang peserta XPDC jugak. Memang pasal penginapan kami bernasib baik la. Kat KL ada rumah member, kat Johor (Benut, Pontian) ada member..kat Setiu, Terengganu pun ada...

Ingat-ingat balik memang susah nak dapat pengalaman macam ni lagi...rasa macam nk kembali ke zaman tengah study dulu...banyak kenangan manis.


Mana la pi member2 berbasikal nie...kalau hangpa terbaca citer ni tolong la contact aku...(sebak nyer..)