Friday, May 29, 2009

Cycas

Habitat asal 'Cycas'


Perkataan 'Cycas' berasal dari perkataan Greek yang bermaksud 'Palm'. Terdapat pelbagai species cycas di dunia nie, tapi yang paling aku suka yang orang panggil 'Paku Aji'. Ada juga orang panggil Bogak...Nama saintifik dia 'Cycas Clivicola'. Paku Aji merupakan tumbuhan purba dan boleh hidup beratus tahun.

Kalau kat Kedah ni cuma ada satu tempat jer yang ada pokok nie...Kat Gunung Baling. Sampai nak habis pokok tu orang ambik jual..Harga mencecah ratusan dan kadang-kadang ribuan ringgit bergantung kepada saiz. Sekarang nie pokok 'Paku Aji' dah jadi species yang hampir pupus...

Aku cuma ada satu jer pokok nie... dapat kat Baling. Cadang-cadang nak buat koleksi tapi ruang kat rumah aku sempit sikit..



3 comments:

  1. Nice one.Focus to bring more paku gunung aka paku aji.its a very lucrative investment

    ReplyDelete
  2. Mana tempat untuk jual pokok cycas nie yek.......?

    ReplyDelete