Tuesday, March 31, 2009

Aktiviti di Pendang

Aku sempat rakam video masa main RC di belakang CIMB Bank dulu...Sekarang ni dah tak sesuai main dekat tu sebab banyak pasir & dah dicat petak parking kereta...Sekarang ni kalau nak main pun kat tempat biasa di depan Pejabat Pos Pendang.





Menjelajah Gua di Perlis


Dah 3 kali aku masuk Gua Wang Burma yang terletak di dalam kawasan Taman Negeri Perlis. Gua ni semulajadi ....memang best & so adventure. Ada banyak laluan air di dalam gua nie. terpaksa jalan dalam air...sebab tu kena pakai life jacket..Torch Light wajib bawa. Mana ada cahaya dalam tu. Mula masuk gua nie mungkin rasa sesak nafas sikit...tapi bila jalan jauh sikit hilang la sesak nafas tu..


Ada satu lagi gua yang aku masuk dengan team EAT (Engineer Adventure Team) USM Tronoh&USM Penang...Nama gua ni kalau tak salah Gua Kambing yang letaknya tak jauh dengan Gua Kelam. Gua ni bekas tinggalan lombong arang batu. Ada lagi kesan-kesan tinggalan lombong tu macam dengan landasan untuk angkut arang batu...macam landasan keretapi la..besi dan kayu yang dah reput. Gua ni buatan manusia....Mula masuk sempit giler..sampai kena tunduk.Tapi semakin dalam semakin luas. Gua nie lebih bahaya daripada Gua Wang Burma sebab tak dijaga dan kami masuk pun tak ada permit...main redah jer.. satu jam lebih juga perjalanan untuk sampai ke belakang gua...


Ada satu pengalaman yang paling mencabar dalam Gua Kambing ni masa nak melintas satu tasik yang dalam...air hijau kebiruan la..meniti atas landasan keretapi yang reput tu la..Masing2 berpegangan tangan la. Tiba2 ada sorang tu terpijak kayu reput. Apa lagi, jatuh la ke dalam tasik tu....alamak suspen giler. Nasib baik pakai life jaket & ikat tali kat pinggang masing2...selamat...


Tu la pengalaman menjelajah gua yang memang best...tak tau bila lagi boleh ikut program macam tu..Aku syorkan kalau sapa2 nk pi masuk Gua Wang Burma tu pi la...Ada guide boleh bawa masuk..Contact bahagian Taman Negeri Perlis dulu..Ala..dekat Wang Kelian jer..sempadan Malaysia-Thailand.
Bergambar bersama rakan-rakan EAT Tahun 1998 di dalam Gua Wang Burma

Friday, March 20, 2009

KEM PULAU PAYAR 2009


13, 14 dan 15 Mac 2009, Pulau Payar, Kedah.

Ini la pengalaman pertama aku snorkeling...seronok giler...tak dapat di gambarkan. Kamera yang boleh ambil gambar dalam air pun aku tak beli, so tak dapat la nak tunjuk gambar dalam air tu...cuma gambar luar jer la..






Kem nie dinamakan Marine Education Programme (MEP)..anjuran PPD Kulim/Bandar Baru ..Kebanyakan peserta adalah guru-guru Pendidikan Alam Sekitar dari daerah Kulim/Bandar baru.. Ada jugak dari Kuala Muda/Yan...daerah Padang Terap cuma ada 4 orang jer...termasuk aku la. Aku ikut nie pun bukan sebagai peserta pun...cuma tolong-tolong JU jer..di belakang tabir la....



















Ekspedisi Mendaki Gunung Stong, Kelantan 2008




Dah lama aku tak bergiat dalam aktiviti lasak nie...hampir 6 tahun. Dulu masa study dulu memang aktif giler...Masa kat USM dulu aku aktif dalam satu kelab yang dipanggil Engineer Adventure Team (EAT)...dari hutan, gunung, paya sampai la ke laut aku ikut pi.....



Tiba-tiba ada kawan ajak mendaki gunung..apa lagi, terus bagi nama. Dalam bulan Ogos tahun lepas (2008) aku telah menyertai satu ekspedisi ke gunung Stong di Kelantan di mana terletaknya air terjun yang dipercayai tertinggi di Asia Tenggara. Ekspedisi nie dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Ipoh...




Pendakian mengambil masa hampir 3 jam untuk sampai ke Base Camp di mana tempat kami menginap (Tapak Khemah). Di sini kami berhenti rehat serta meninggalkan barang-barang yang berat sebelum terus ke Puncak Stong..Pendakian ke puncak mengambil masa hampir 5 jam. Alhamdulillah...semuanya sampai ke puncak...tapi masa turun, ada sikit problem. Ada sorang pendaki yang cedera dan tak dapat meneruskan perjalanan...dia terpaksa tunggu sehingga 11.00 malam di dalam hutan di atas gunung sebelum bantuan sampai...bayangkanlah...














Pandangan Air Terjun di Gunung Stong, Kelantan.