Wednesday, January 27, 2010

SCORE A PROGRAMME



Satu program yang sangat menarik dan sesuai untuk semua orang...anak-anak akan lebih minat untuk belajar...Ibubapa juga boleh memantau kemajuan anak-anak walaupun sibuk dengan kerja harian.

Bagi yang tidak mempunyai anak...anda berpeluang untuk MENJANA PENDAPATAN hanya dengan berkongsi cerita tentang program ini dengan empat orang rakan atau ahli keluarga lain. Anda berpotensi memperolehi pendapatan RM 30 ribu sebulan... tak percaya?? sila hubungi saya untuk maklumat lanjut..019- 4187012

Sunday, September 27, 2009

Sunrise di Gunung Stong




Inilah yang dikatakan keindahan ciptaan Tuhan. Gambar ini dirakamkan masa aku di Baha's Camp (base camp) di Gunung Stong, Kelantan. Aku rasa inilah gambar permandangan yang paling cantik yang pernah aku ambik. Tak edit apa pun. Guna kamera Nikon Compact jer...10 Megapixels. Lebih kurang pukul 10 lebih sikit la masa tu..




Friday, May 29, 2009

Cycas

Habitat asal 'Cycas'


Perkataan 'Cycas' berasal dari perkataan Greek yang bermaksud 'Palm'. Terdapat pelbagai species cycas di dunia nie, tapi yang paling aku suka yang orang panggil 'Paku Aji'. Ada juga orang panggil Bogak...Nama saintifik dia 'Cycas Clivicola'. Paku Aji merupakan tumbuhan purba dan boleh hidup beratus tahun.

Kalau kat Kedah ni cuma ada satu tempat jer yang ada pokok nie...Kat Gunung Baling. Sampai nak habis pokok tu orang ambik jual..Harga mencecah ratusan dan kadang-kadang ribuan ringgit bergantung kepada saiz. Sekarang nie pokok 'Paku Aji' dah jadi species yang hampir pupus...

Aku cuma ada satu jer pokok nie... dapat kat Baling. Cadang-cadang nak buat koleksi tapi ruang kat rumah aku sempit sikit..



Monday, May 18, 2009

XPDC Berbasikal Menjelajah Semenanjung Malaysia



Citer nie dah lama la, masa aku kat Kolej Mara Kulim (Buat Matrik USM). Aku ngan geng2 Kelab Berbasikal KMK buat satu XPDC jelajah Semenanjung Malaysia. Yang terlibat cuma lebih kurang 15 orang jer..yang lain mak bapa depa tak bagi ikut. Citer kat orang ramai tak caya yang kami dah sampai seluruh semenanjung selama hampir seminggu..aku pun tak percaya.

Negeri yang paling best...Terengganu. Kayuh basikal tepi laut lagi...ramai penonton pulak tu. Gambar banyak yang amik tapi masa kayuh basikal tak ada orang amik, cuma masa berhenti jer sempat posing. Masa kat KL sempat pi naik LRT. Masa tu bangga la sapa dah naik LRT..Kami dok kat rumah salah sorang peserta XPDC jugak. Memang pasal penginapan kami bernasib baik la. Kat KL ada rumah member, kat Johor (Benut, Pontian) ada member..kat Setiu, Terengganu pun ada...

Ingat-ingat balik memang susah nak dapat pengalaman macam ni lagi...rasa macam nk kembali ke zaman tengah study dulu...banyak kenangan manis.


Mana la pi member2 berbasikal nie...kalau hangpa terbaca citer ni tolong la contact aku...(sebak nyer..)

Monday, April 20, 2009

Abseiling di Pulau Tuba



Masa ni aku ada pendidikan luar di Pulau Tuba, Langkawi...Tempat abseiling ni adalah antara yang paling mencabar, tertinggi dan tercantik di Malaysia...Aku try dua kali. Kali pertama aku turun macam biasa jer...kali kedua aku try buat spider...ala..kepala ke bawah la. Tapi, terbakar juga la seluar track aku tu..dah la tak pakai stoking.


Tuesday, March 31, 2009

Aktiviti di Pendang

Aku sempat rakam video masa main RC di belakang CIMB Bank dulu...Sekarang ni dah tak sesuai main dekat tu sebab banyak pasir & dah dicat petak parking kereta...Sekarang ni kalau nak main pun kat tempat biasa di depan Pejabat Pos Pendang.





Menjelajah Gua di Perlis


Dah 3 kali aku masuk Gua Wang Burma yang terletak di dalam kawasan Taman Negeri Perlis. Gua ni semulajadi ....memang best & so adventure. Ada banyak laluan air di dalam gua nie. terpaksa jalan dalam air...sebab tu kena pakai life jacket..Torch Light wajib bawa. Mana ada cahaya dalam tu. Mula masuk gua nie mungkin rasa sesak nafas sikit...tapi bila jalan jauh sikit hilang la sesak nafas tu..


Ada satu lagi gua yang aku masuk dengan team EAT (Engineer Adventure Team) USM Tronoh&USM Penang...Nama gua ni kalau tak salah Gua Kambing yang letaknya tak jauh dengan Gua Kelam. Gua ni bekas tinggalan lombong arang batu. Ada lagi kesan-kesan tinggalan lombong tu macam dengan landasan untuk angkut arang batu...macam landasan keretapi la..besi dan kayu yang dah reput. Gua ni buatan manusia....Mula masuk sempit giler..sampai kena tunduk.Tapi semakin dalam semakin luas. Gua nie lebih bahaya daripada Gua Wang Burma sebab tak dijaga dan kami masuk pun tak ada permit...main redah jer.. satu jam lebih juga perjalanan untuk sampai ke belakang gua...


Ada satu pengalaman yang paling mencabar dalam Gua Kambing ni masa nak melintas satu tasik yang dalam...air hijau kebiruan la..meniti atas landasan keretapi yang reput tu la..Masing2 berpegangan tangan la. Tiba2 ada sorang tu terpijak kayu reput. Apa lagi, jatuh la ke dalam tasik tu....alamak suspen giler. Nasib baik pakai life jaket & ikat tali kat pinggang masing2...selamat...


Tu la pengalaman menjelajah gua yang memang best...tak tau bila lagi boleh ikut program macam tu..Aku syorkan kalau sapa2 nk pi masuk Gua Wang Burma tu pi la...Ada guide boleh bawa masuk..Contact bahagian Taman Negeri Perlis dulu..Ala..dekat Wang Kelian jer..sempadan Malaysia-Thailand.
Bergambar bersama rakan-rakan EAT Tahun 1998 di dalam Gua Wang Burma